SURI RUMAH ATAU BEKERJA
Hello everyone,
Setelah sekian lama saya mula menulis tentang pengalaman hidup saya sepanjang umur 35 tahun dan sekarang setelah bergelar suri rumah. Chewaah...Belum genap sebulan sebenarnya saya menjadi seorang suri rumah. Punca adalah kerana syarikat di tempat saya bekerja telah tamat kontrak dan telah diambil alih oleh syarikat lain. Sedih kan.. Bekerja alam swasta inilah pancaroba... Apakan daya saya memilih untuk berehat sebentar sambil itu ada juga mohon kerja tetapi mungkin nasib belom menyebelahi.
Apa pun saya bersyukur walaupun saya menjadi surirumah ya saya tetap meneruskan hidup. Kekecewaan itu memang lah ada bila dengar kawan yang lain telah mendapat pekerjaan semua tetapi kita pulak masih "struggle' di rumah.
Apa pun Doakan yang terbaik untuk saya supaya menjadi suri rumah berjaya dan juga menjaga suami saya serta anak.


Comments